Shaklee Independent Distributor : 1087226

Shaklee Independent Distributor : 1087226
Showing posts with label Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Shaklee. Show all posts

Tuesday, April 1, 2014

Carotomax Shaklee

Carotomax dan kebaikannya.




Sebenarnya Carotomax ni bukan hanya untuk membantu masalah tentang mata (i.e.rabun) tetapi adalah untuk awet muda, untuk kesihatan jantung, untuk kulit, antioksidan dan mencegah Alzheimer.. haaa..banyakkan fungsi Carotomax nih..Jom kita baca dengan lebih lanjut tentang Carotomax nih..


  • Tahukah anda Shaklee mempunyai vitamin A terbaik untuk kesihatan tubuh badan kita? Ia dipanggil Shaklee CarotoMax. Vitamin A merupakan salah satu vitamin larut lemak dan juga antioksidan yang baik untuk mengawal radikal2 bebas.


  • CAROTOMAX adalah campuran unik alpha-carotene, astaxanthin, beta-carotene, lutein, lycopene, and zeaxanthin yang menghasilkan carotenoid yang lengkap.
Apakah carotenoids? Carotenoid adalah pigmen yang membentuk warna sayur-sayuran. Ia memberi warna oren kepada carrot, tomato dan sebagainya.




Apakah fungsi dan kebaikan carotenoid?

1. Melindungi sel daripada kesan pemusnahan oleh radikal bebas
2. Sumber Vitamin A terbaik
3. Meningkatkan sistem imunisasi
4. Membetulkan fungsi organ tubuh


  • Sumber yang mengandungi carotenoid adalah lobak, kentang, bayam, tomato dan lain-lain sayuran. Cara yang terbaik untuk mengekalkan kandungan carotenoid ialah dengan mengambil sayuran ini TANPA DIMASAK.


MANFAAT UTAMA:



1) Lebih selamat daripada Vitamin A - Penemuan tewal vitamin adalah pd tahun 1912 iaitu vitamin A.Didapati juga pengambilan berlebihan Vitamin A akan menyebabkan toksisiti.Walaubagaimanapun ahli saintis menemui beta karotena pd tahun 1932 satu prekursor Vitamin A dan beta karotena didapati selamat pengambilannya.


2) Mempertingkatkan penglihatan- Ia menghasilkan "ungu visual" yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan dalam gelap.Ia mempertingkatkan masalah penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam),rabun dekat,presbyopic,astigmatism,xerophtalmia (mata kering),kelesuan mata,glaucoma,katarak,floaters,eye bag dan gegelung hitam mata.


3) Meredakan penyakit kulit- Pengambilan yang banyak akan melegakan masalah kulit seperti psorisis ,senile palgue ,kulit kering,kulit gugur ,jerawat dan akne.Penggunaan luaran untuk merawat pustule,scabies,akne dan ulser kulit.


4) Melindungi Epithelial - Ia memelihara lapisan luar korna,rongga oral,usus,perut,paru-paru,bronkus,pundi kencing,ovari semsa disintegrasi tisu,merawat ulser saluran usus.


5) Melawan Kanser dan Oksidasi - Pengambilan kerap beta karotena mengukuhkan sisitem imun,melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bhahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser.Ini mengurangkan risiko kanser,terutama sekali kanser paru-paru dan payudara. Ia megurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mat yang teroksida.


6) Menghalang Infeksi - Merangsang enzim membunuh kuman,menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit respiratori paru-paru,batu,hepatitis,ashtma,flu dan selsema


Tanda-tanda kekurangan:

- Masalah jerawat
- Hilang lembapan pada kulit, mulut dan rambut
- Tumbesaran terencat
- Masalah tidur dan insomnia
- Kulit yang menebal pada telapak tangan dan kaki
- Masalah rabun malam.


Untuk lebih lanjut : 


WHATSAPP/Wechat/Line: 0133381020 Dylla
FACEBOOK: Nur Dylla Middie
Instagram : Dylalulu
SID 1087226




Thursday, March 27, 2014

Alhamdulillah.Melimpah ruahnye rezeki muammar!

Rezeki tu bukan sekadar rezeki wang ringgit ye.. rezeki kesihatan yang baik, rezeki waktu bersama family, rezeki kebahgiaan rumah tangga, rezeki dikurniakan zuriat. hmmm ...


hah! rezeki lagii.. alhamdulillah.. dengan promonya ESP bulan ni. semua pakat2 beli ESP buat stock. bagus2, me pun tumpang happy r.. untuk customer yang belumbe2 kumpul stock ESP nih. haha. N kalau nak tau me sebenarnya da terjebak ye dgn ESP shaklee ni. kalo sebelum ni penah baca entry me xminum susu.. sebab tu me xambik pun ESP ni. tapi xtahan sehh.. tgk org dok borong ESP. me nak duduk tgk je kah??


hah!Faizal pon dok bakar.. mendidih telinga ni dengar.. stock mmg da ready..ambik satu putar penutup.. bukak seal aluminium ESP tu.. ape lagi bershake la haku!! ahah.. mule2 telan air liur gak tgk gebunya tepung ESP ni. boleh telan ke... bau macam best.


skali da telan.. aumm.. ternyata anggapan ku meleset sama sekali! sebenarnya esp ni xrasa susu pun. mmg sedap. Vanilla die tu yang buat me boleh telan air tu macam tu je.. ade jugak dengar sebelum ni org siap tutup hidung bagai nak minum esp ni. knpe ehhh *pelik sgt rasenye dgr cerita2 sebelum ni hihihihi


Dengan itu dah boleh buat testimoni sendiri untuk esp ni! yeahhh!


Alfalfa 4biji + Chocolate nestum + esp sebelum bkfast. 

Sebelum amalkan esp ni mmg me just consume alfalfa je.. org ckp alfalfa pon boleh jadi milk booster. erm okey la. nampak susu makin bnyk dengan alfalfa ni. selain tu breast makin tegang.. betoll! hahah xtipu. tapi bile dah tambah ESP ni. alhamdulillah susu makin pekat.. kalo sebelum ni malas nk pump boleh dibendung lagi.. suap je kat firas. tapi skng da xboleh. mesti kne pump. sbb firas cepat kenyang lpas me consume ESP ni. bayangkan bubur nasi yang me buat pon kadang2 die tolak. so nak xnk kne pump. n mmg dapat tgk hasil. susu makin pekat. alhamdulillah...




Lain dari tu.. ESP ni jugak bagus untuk :


  • Wanita yang merancang nak pregnant
  • yang sedang pregnant
  • yang masih menyusukan bayi
  • bagi menstabilkan hormon jugak
  • yang dalam proses slimming. (mengenyangkan)
  • yang nak kekal sihat
  • yang pentingkan kulit sbb mampu jadikan kulit anda gebu dan menghilangkan parut ( yang ni yang paling2 me tunggu sbb stretchmarks lepas besalin alahaii)
  • yang bercadang untuk marathon ganti puasa (ahaha yang ni mmg sbb sbb jugak me ambik ESP ni. sbb marthon ganti puasa , puasa tahun lepas memberanakkan firas.. 28days)


Dulu dok pandang remeh kat esp.. hihih sekarang rasakan ..yang bestnye me mmg akan share segala jenis ape supplement shaklee yang me consume dengan faizal.. sbb kitaorg akan saling mengingati. hahah so jadinye supplement ni akan dimkn secara consistent. sbb each other akan ingatkan kalo telupa.. seiring dan sejalan gitu hahahaha.. sbb tulah i love shaklee








Untuk lebih lanjut : 
 WHATSAPP/Wechat/Line: 0133381020 Dylla
FACEBOOK: Nur Dylla Middie
Instagram : Dylalulu
SID 1087226
Harga Termurah dan free gift akan diberikan pada setiap 5jenis dalam satu pembelian.

Friday, March 14, 2014

Tak suka susu??tgk nih!



Ostematrix
========








Berapa banyak lagi orang yang sekarang ni yang memang dia xsuka minum susu macam me?? eheh.. me mmg xminum susu kecuali susu tu ade tambahan perisa macam strwbery ke, coklet ke vanilla ke. semata2 susu memang tak boleh nak telan.. tapi kita nk kne tahu. kalau da ada campuran perisa tu mesti ade penambahan gula.. so rasanya x still xbagus especially for moms to be. baby dalam perut kalo belebihan gula kn xelok.. so ape kata kite tgk sikt osatu dari produk shaklee yang memang bagus sgt malahan penganti susu yang terbaik..





Tahukah anda satu biji Ostematrix bersamaan 1 GELAS SUSU TINGGI KALSIUM dan 80 BIJI BADAM!!

Jadi xperlu minum susu lagi dengan ostematrix !



Apa sebenarnya kelebihan ostematrix ni untuk kita.. especially yang xsuka susu. ?? semua org tau dalam susu ada kalsium. Kalsium merupakan mineral yang penting bagi tulang, gusi dan gigi yang sihat. Doktor mungkin akan mencadangkan wanita untuk mengambil makanan tambahan kalsium apabila terdapat tanda-tanda awal masalah tulang seperti osteoporosis atau osteopenia.










1. Menguatkan Tulang – Kalsium menguatkan tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang. Kalsium membantu menjadikan tulang berada dalam keadaan yang baik dan mencegah sakit tulang seperti artritis dan osteoporosis yang boleh menjejaskan pergerakan bebas selain dari menjadi amat menyakitkan.




2. Mencegah Obesiti - Kalsium dapat membantu dalam mengekalkan berat badan optimum bagi lelaki dan perempuan. Jika terdapat mana-mana kekurangan kalsium dalam diet anda, badan akan cenderung untuk melepaskan hormon paratiroid, yang seterusnya merangsang tulang untuk melepaskan kalsium ke dalam aliran darah anda untuk mengimbanginya. Dari segi lain, hormon paratiroid juga merangsang pengeluaran lemak dan mencegah pembuangannya, yang sekali lagi boleh membuat anda gemuk. Jadi pastikan anda mengambil jumlah kalsium yang betul, supaya obes tidak terjadi dengan bahaya kesihatan lain yang berkaitan.




3. Melindungi Otot Jantung - Kalsium melindungi otot jantung anda. Jumlah kalsium yang mencukupi membantu otot jantung untuk melakukan penguncupan dan pengembangan betul. Kalsium juga membantu sistem saraf untuk mengekalkan tekanan di dalam arteri anda. Jika terdapat penurunan kalsium, sejenis hormon yang dipanggil calcitrol dilepaskan yang bertindak dengan otot lembut arteri, dan dengan itu meningkatkan tekanan darah. Otot jantung memerlukan ion kalsium extracellular untuk penguncupan. Apabila kepekatan intrasellular kalsium meningkat, ion kalsium berkumpul bersama-sama dengan troponin protein yang merangsang cecair extracellular dan ruang intraselular, malah otot rangka, yang hanya diaktifkan oleh kalsium yang disimpan dalam reticulum sarcoplasmic.




4. Mengelakkan Kanser Kolon - Kalsium yang mencukupi mengurangkan risiko keseluruhan kanser kolon dan mengelak pertumbuhan polip yang boleh membawa kepada kanser. Suplemen kalsium dapat mengurangkan risiko adenomas, juga dikenali sebagai tumor nonmalignant di dalam kolon. Ini sebenarnya adalah pelopor kepada kanser kolon, namun ia masih tidak diketahui jika pengambilan kalsium mengurangkan risiko kanser sepenuhnya. Kalsium berlebihan akan tinggal di dalam usus anda setelah badan anda menyerap apa yang diperlukan. Dalam perjalanan melalui kolon, kalsium yang tidak diserap ini dipercayai untuk mengikat sel-sel kanser supaya ia dikumuhkan bersama-sama dari badan. Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua makanan sumber kalsium dan supplemen kalsium memberikan kesan perlindungan ini.




5. Mencegah Blues Pra-haid - Jumlah kalsium yang mencukupi mengurangkan gejala-gejala sindrom prahaid pening kepala, perubahan mood, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Tahap kalsium yang rendah mungkin mencetuskan pengeluaran hormon yang menyebabkan hilang mood termasuk cepat marah dan kemurungan.




6. Mencegah Batu Karang – Batu karang sebenarnya deposit terhablur kalsium dan lain - lain mineral dalam saluran kencing manusia. Bentuk yang paling umum batu karang ialah batu-batu oxalate. Sebelum ini, ia dianggap bahawa pengambilan kalsium yang tinggi atau penyerapan kalsium tinggi membangunkan batu karang, tetapi kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan kalsium diet tinggi mengurangkan bahaya batu karang dengan baik. Secara ringkasnya, kalsium tidak menyebabkan batu karang, tetapi kalsium yang hadir berlebihan di dalam air yang mengakibatkan batu karang. Faktor-faktor lain seperti penggunaan oxalate tinggi daripada sayur-sayuran berdaun seperti kale dan bayam, kekurangan minum air boleh menjadi punca besar untuk batu karang.




7. Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat - Makanan ringan, gula yang berlebihan dan barangan di dalam tin menyumbang pembentukan asid dalam badan, yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, batu karang dan darah tinggi. Kalsium membantu untuk mengekalkan tahap pH yang sihat, seterusnya meningkatkan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhan.




8. Kawalan Tekanan Darah - Beberapa penyelidikan mengisytiharkan bahawa diet vegetarian dengan jumlah yang tinggi dengan kalsium, magnesium dan kalium dan serat akan mengurangkan tekanan darah. Walaupun penyelidik lain membuat kesimpulan dengan pendapat yang berbeza dan berkata bahawa pengambilan kalsium menyebabkan darah tinggi. Kemudian ia melihat bahawa sebab bagi keputusan itu adalah kerana kajian-kajian ini menguji kesan nutrien tunggal dan bukannya sumber-sumber makanan yang mempunyai kandungan nutrien. Institut Kesihatan Negara menjalankan penyelidikan yang dikenali sebagai "Pendekatan Pemakanan Hentikan Tekanan Darah Tinggi ( DASH) ". Diet "tipikal American" berbanding dengan dua diet diubah yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kombo "DASH" diet yang disumbat dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan kalsium. Hasil kajian menunjukkan peningkatan pengambilan kalsium menyebabkan tekanan darah menurun.

*Untuk membantu menguji kesan gabungan nutrien termasuk kalsium dari makanan pada tekanan darah, satu kajian telah dijalankan untuk menyiasat kesan pola makan pelbagai tekanan darah. Secara keseluruhan didapati bahawa pengambilan makanan yang mencukupi buah-buahan dan sayur-sayuran serta kalsium memainkan peranan penting dalam mengawal tekanan darah.*




9. Mengekalkan Gigi dan Gusi yang sihat - Kalsium melindungi gigi anda dengan menjaga tulang rahang yang kuat dan kukuh sepanjang kehidupan anda, yang seterusnya memastikan gigi kuat di mana bakteria tidak boleh berkembang. Oleh itu, sebelum gigi dan gusi anda mula memberi masalah, amalkan diet yang kaya kalsium dengan teratur. Pengambilan kalsium seharusnya tinggi terutama dari usia muda, jadi anak anda secara semulajadi membesar gigi dan tulang yang kuat.




10. Membantu Pengangkutan Nutrien - Kalsium membantu nutrien bergerak mudah melintasi membran sel.




Kalsium adalah mineral yang paling penting, dan kita cenderung mengabaikan ia. Kebanyakan kanak-kanak cerewet untuk minum susu dan akhirnya berhenti minum susu sama sekali. Harus diketahui bahawa mengabaikan mineral kalsium boleh menyebabkan banyak penyakit yang serius dalam jangka panjang. Kalsium adalah elemen penting dalam diet mana-mana manusia yang sihat. Jika susu dan produk tenusu tidak diingini, cuba untuk menggabungkan bahan-bahan ini dengan bijirin lain dan membuat resipi yang melibatkan susu dan produk tenusu. Walau bagaimanapun, kalsium tambahan boleh didapati di kedai-kedai/farmasi, walau bagaimanapun ia sentiasa dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum mula mengambil apa-apa ubat.



Jika anda berminat untuk mendapatkan OSTEMATRIX 
WHATSAPP/Wechat/Line: 0133381020 Dylla
FACEBOOK: Nur Dylla Middie
Instagram : Dylalulu
SID 1087226

Wednesday, March 12, 2014

Toksin Dalam Badan

Ape tu Toksin???


Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran.Antaranya ialah pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian. Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya merupakan punca utama terjadi toksin dalam badan. Inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser, migrain dan sebagainya.

Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati bahawa hampir 90% punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin. Di dalam sistem fisiologi tubuh, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa bunagan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh.Toksin yang berada di dalam saluran darah akan di bawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya.


Cantik Tanpa Toksin.

Kulit mencerminkan kesihatan dalam anda. Ia berfungsi sebagai 'kaca televisyen' yang memaparkan apa yang berlaku di dalam tubuh manusia. Jika tubuh tidak sihat ia boleh dilihat daripada kulit yang tidak berseri, pucat, berjerawat dan kusam.

Bukan setakat penyakit, kulit juga menjadi ‘suara’ memberitahu sama ada seseorang itu diselubungi perasaan tenang, gembira atau sebaliknya.

Justeru, setiap orang pastinya mahu kelihatan segar, bertenaga, berseri dan mempunyai kulit yang mulus menawan.

Ramai yang hanya mengutamakan kecantikan dengan memberi penekanan dari luaran. Tidak kira lelaki mahupun wanita, masing-masing sanggup mengeluarkan sejumlah wang untuk membeli vitamin, set penjagaan kulit dan juga makanan tambahan.

Namun, TIDAK ramai yang terfikir untuk melakukan pembuangan toksin dalam badan.

Bayangkan jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya. Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain.

Toksin terdapat hampir di semua organ manusia, di mana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia, merokok, pengambilan minuman keras dan pemakanan yang tidak seimbang, tidak dapat dikeluarkan dari dalam tubuh. Justeru, sisa-sisa ini akan terkumpul di mana-mana bahagian dalam organ tubuh manusia lalu menghasilkan toksin. Sepatutnya semua sisa-sisa ini dikeluarkan dengan cara semula jadi membabitkan dua organ utama utama iaitu hati dan usus.

Rutin pembuangan air besar terganggu?

Antara kaedah penyingkiran toksin secara semula jadi ialah melalui perkumuhan seperti pembuangan air besar yang perlu berlaku sekurang-kurang sekali sehari bagi orang normal.Terdapat mereka yang hanya membuang air besar seminggu sekali. Ini kerana corak pemakanan yang tidak betul seperti kurang mengambil makanan berserat dan minum air masak serta kurang bersenam.

Sedangkan proses membuang air besar yang normal dan baik untuk seseorang ialah sekali sehari. Namun jika seseorang tidak membuang air dengan kadar yang sepatutnya, kemungkinan besar, najis yang berada di dalam usus akan menjadi hitam dan melekat pada dinding usus seterusnya menjadi toksin dalam tubuh. Toksin yang tidak dikeluarkan secara semulajadi itu pula, akan diserap semula dalam badan.

Tubuh tidak pernah melakukan proses detox atau nyah toksin sejak lahir, biasanya akan menghantar ‘tanda’.


Kesan Kemudaratan Toksin Kepada Tubuh

Hakikatnya, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak, protein berlebihan dan lain-lain adalah faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan. Di samping, makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik, racun perosak dan lain-lain.

Jika badan terlalu berasid serta berlaku proses penapaian dalam usus akan meningkatkan kandungan toksin di dalam badan kita. Toksin tersebut akan diserap dan melekat dalam darah yang menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan atau penyakit. Antara penyakit yang diakibatkan oleh tindakbalas toksin dalam darah, ialah:-


  • Penyakit Kulit


Penyakit kulit terjadi apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui kulit. Pengumpulan toksin di dalam kulit akan mengakibatkan penyakit seperti jerawat, furunkel dan lain-lain.
Tumor
Tumor berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang berkumpul dipelbagai tisu badan.


  • Demam


Demam adalah proses semulajadi badan untuk membersihkan diri sendiri. Apabila sel darah putih menentang toksin di dalam badan, Kadar metabolisme semakin cepat, mengakibatkan tubuh menjadi demam.
Penyakit Jantung dan Tekanan Darah Tinggi

Toksin yang melekatkan di dalam darah akan menjejaskan kelancaran perjalanan darah. Ia menyebabkan jantung, bekerja lebih kuat untuk melancarkan perjalanan darah yang melalui saluran yang tersumbat. Ia akan mengakibatkan pembesaran jantung, sementara tekanan ke atas saluran tersumbat akan mengakibatkan tekanan darah tinggi. Di samping, buah pinggang dan sistem endoktrin dalam usaha membersihkan toksin akan merembes pelbagai jenis kimia yang menyebab terjadinya tekanan darah tinggi.

Monday, March 3, 2014

Sapa yang nk kenal ESP?? Kenapa ESP famous dlm dunia vitamin shaklee??









1. Apa itu Energizing Soy Protein atau ESP?

Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang tinggi.

2. Mana yang lebih bagus untuk susu ibu antara ESP dengan Alfalfa?

Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Alfalfa juga mengandungi protein TETAPI dalam kuantiti yang sedikit berbanding ESP. Sebenarnya, kedua-duanya bagus untuk ibu dan kesannya adalah berbeza kepada setiap individu. Sekiranya anda ada bajet tertentu, harga Alfalfa lebih murah berbanding ESP. Paling penting, bagi menjamin keberkesanan dan susu bertambah, kekerapan penyusuan haruslah dalam tempoh setiap 3-4 jam dan tujuannya supaya payudara dapat dikosongkan.

3. Berapa harga satu canister ESP?
Harga ESP bagi Semenanjung ialah RM150. Manakala bagi Sabah dan Sarawak ialah RM155.
(Sila hubungi saya untuk mendapatkan harga istimewa).

4. Berapa lama boleh tahan/digunakan untuk satu canister ESP?
Dengan kadar pengambilan sebanyak 3 sudu sehari, satu canister ESP boleh bertahan sehingga satu bulan setengah.

5. Siapa yang tidak boleh mengambil ESP? Siapa yang boleh mengambil ESP?

Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja yang tidak digalakkan.

Sesuai untuk semua lapisan:

1. Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.

2. Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!

3. Ibu-ibu yang menyusu anak: Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten.

4. Pesakit kencing manis: Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.

5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang. WOW…!!!
DAN lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, ingin tambah tenaga. Pendek kata, anda, saya, kamu dan dia yang sihat dan ingin kekal sihat. Insha-Allah!

6. Apa rasa ESP sebenarnya?
ESP Shaklee berperasa mild soya. Sekiranya anda tidak gemar atau tak menyukai rasa soya, ada pelbagai resepi ESP lain yang boleh dicuba: Resepi ESP (klik sini)

7. Jika saya ingin order hari ini, bila saya boleh terima?
Insha-Allah, penghantaran mengambil masa 1-4 hari bekerja bergantung kepada kawasan anda.

8. Adakah masih perlu ESP jika saya sudah ambil Alfalfa?
Boleh. Anda boleh mengambil kedua-duanya sekali jika anda mahu dan berkemampuan. Alfalfa dan protein mengandungi banyak kebaikan dan kelebihan lain yang baik untuk kesihatan anda.

9. Apakah kebaikan dan kelebihan lain ESP ini?
Membantu pembentukan sel-sel baru.
Terbaik untuk individu yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan.
Terbaik untuk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut.
Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak. Justeru, anda boleh kongsi dengan anak yang berusia 1 tahun ke atas & keluarga.
Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan.
ESP SEBAGAI SUMBER PROTEIN YANG LEBIH BERKUALITI.

25 PERATUS daripada tubuh badan manusia dibina daripada PROTEIN.

Contohnya seperti kuku, kulit, otot-otot sebenarnya berasal daripada protein. Percaya atau tidak, itulah kenyataannya.

Ringkasannya, struktur dalam tubuh badan manusia dibina daripada susunan berikut:

SEL ——> TISU ——–> ORGAN ———> SISTEM

Struktur badan kita terdiri daripada SEL. Kemudian, sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu. Seterusnya, tisu-tisu akan membentuk organ dan akhir sekali, organ-organ ini akan membentuk sistem. Oleh sebab itu, badan kita SANGAT memerlukan PROTEIN.

Ingin tahu mengapa? Sebabnya PROTEIN adalah makanan utama bagi sel tubuh manusia. Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas.
Setiap hari, anda akan makan lauk-lauk yang mengandungi sumber protein bukan? Seperti ayam, daging, telur, ikan, kekacang dan banyak lagi.

TETAPI, tahukah anda sebenarnya PROTEIN sangat MUDAH TERMUSNAH apabila dikenakan SUHU TINGGI? Contohnya anda goreng ikan. Berapa banyak PROTEIN yang tinggal? Anda tak tahu kan? JADI, apa kata anda ambil ESP sebagai sumber PROTEIN yang lebih berkualiti. Oh! Semestinya ESP mematuhi kriteria pemilihan soya yang selamat. Paling penting, ESP sentiasa SELAMAT, sentiasa BERKESAN dan sentiasa MESRA ALAM. RAMAI YANG TELAH MERASA KEBAIKAN DAN BETAPA BAGUSNYA ESP SELEPAS MENGAMBIL SECARA KONSISTEN SELAMA 3 HINGGA 4 MINGGU. Ada yang kata, kulit makin licinlah, kulit makin lembut, parut jerawat makin pudar, rambut dah kurang

10. Bagaimana nak order ESP?

Anda cuma perlu hubungi saya dan saya akan uruskan pesanan anda dengan kadar segera.

Hasil copy paste : CelikVitamin.

Fb; Nur Dylla Middie
Instagram : Dylalulu
H/P : 013 - 338 1020


Whatsapp/wechat/FB/Instagram untuk borak kopi dgn me. harga mmg runtuh punya me bg..!!

Thursday, February 27, 2014

Elemen penting yang kita tak tahu tentang VITAMIN C



FUNGSI


Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Benarkah begitu?

Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amatdigalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan,

Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.




SIAPA YANG MEMERLUKAN

1. Perokok

* Vitamin C adalah antioksidan utama dalam tubuh manusia. Berbanding dengan mereka yang tidak merokok, perokok memerlukan kandungan vitamin C yang lebih tinggi. Ini disebabkan 'free radicals' merbahaya dalam rokok menyebabkan menyebabkan kandungan vitamin C badan menyusut lebih cepat dari biasa.

p/s: berbeza dengan vitamin K, perokok mesti mengelakkan supplemen yang mengandungi vitamin K kerana bersifat lawan dengan 'anti- coagulant'(elak pembekuan) dalam darah).

2. Orang yang mudah stress kerana stress akan mempercepatkan penyusutan Vitamin C dalam badan

3. Orang yang makan pil perancang sebab pil perancang juga akan menyerap Vita C dan mengakibatkan pengurangan Vita C dalam badan dengan cepat

4. Orang yang ingin mencantikkan kulit atau yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat atau eczema memerlukan Vitamin C untuk membina kolagen kulit yang sihat dan memperbaiki tisu kulit.

5. Semua yang mahukan kesihatan tubuh badan baik kerana Vita C menyokong sistem Imun dalam badan dan mengurangkan selsema yang berpanjangan.


6. Yang bekerja untuk meningkatkan keberkesanan Vita C dan 

7. Perlu diambil sebagai sebahagian daripada supplement Vitamin C ( mengelakkan salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi Vita c, mengelakkan daripada ianya cepat teroksida dan merosakkan sel )


SIMPTOM-SIMPTOM KEKURANGAN


1. KUKU MUDAH PATAH

Bila kuku mudah patah, ia mungkin disebabkan kekurangan zat besi, zink dan asid lemak pati atau essential. Sebaik-baiknya, cuba ambil lebih banyak makanan daripada sumber daripada daging, kekacang dan ikan. Jangan anggap remeh jika kuku sering patah. Biasanya ia disebabkan kuku berada dalam keadaan kering. Elakkan membiarkan keadaan ini berterusan kerana ia menunjukkan keadaan bahawa anda terkena penyakit tiroid

2. MATA TERASA KERING

Sering kita terasa mata pedih atau kering. Sebenarnya, keadaaan ini disebabkan oleh persekitaran kita dan air mata tidak dapat meliputi mata dengan baik. Atasi keadaan ini dengan mengambil vitamin A dan asid lemak pati. Ambil lebih banyak sayuran atau buah-buahan yang berwarna hijau, kuning atau oren.

3. PECAH-PECAH DI BAHAGIAN HUJUNG MULUT

Kekurangan zat besi, vitamin B12, B6 dan asid folat menyebabkan pecah-pecah di bahagian hujung mulut. Sebaik-baiknya anda mengambil banyak daging, kekacang dan sayuran berwarna hijau.

4. BIBIR PECAH-PECAH

Bibir pecah-pecah sering dianggap sebagai tanda bahawa tubuh mengalami panas dalam. Selain itu, ia disebabkan kerana kekurangan vitamin B2. Sebaik-baiknya ambil banyak daging dan produk susu.

5. KULIT MEMERAH & BERMINYAK

Kemungkinan, anda mengalami keadaan ini disebabkan oleh kekurangan vitamin B2, B6, zink atau asid lemak pati. Cuba ambil lebih banyak daging ikan dan kerang.

6. JERAWAT

Timbul jerawat pada bahagian wajah bukan sahaja disebabkan oleh kotoran yang menghalang dan menutup pori-pori kulit muka, tetapi ia juga berkemungkinan anda kekurangan vitamin B Complex, vitamin E dan asid lemak pati. Untuk mengatasinya, ambil lebih banyak produk haiwan, makanan berbentuk bijirin dan makanan laut.

7. RAMBUT NIPIS

Kekurangan zat besi atau zink boleh menyebabkan rambut menipis. Ambil lebih banyak daging, kekacang, produk susu dan kerang.

8. KELEMUMUR

Kulit kepala berminyak serta himpunan kotoran yang melekat pada rambut boleh menyebabkan kotoran. Selain itu, kekurangan vitamin C, zink dan asid lemak essential juga boleh menyebabkan kepala dipenuhi kelemumur. Cuba ambil lebih banyak buah-buahan seperti limau/ oren, daging, ikan dan produk susu.

9. MATA MERAH

Mata yang merah sering dianggap mata yang letih atau akibat debu atau habuk yang masuk ke dalam mata. Namun, mata yang merah juga menandakan bahawa anda kekurangan vitamin A dan B2. Sebaik-baiknya ambil produk susu, daging, buah atau sayuran berwarna oren dan hijau.

10. LUKA LAMBAT SEMBUH

Kemungkinan, anda kekurangan zink. Lebih baik anda mengamalkan pemakanan bersumberkan susu dan kerang untuk mengatasi masalah ini.

SHAKLEE DIFFERENCE


Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. 


Sustained Release Vita-C mengandungi:


1. Kandungan Vitamin C yang tinggi.

2. Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.

3. Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah *

4. Merupakan Vita C pertama yang natural: TIADA perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan


5. Bertindak secara Sustained Release yang berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh badan selama 24jam.

6. Rumusan unik yang membenarkan pelepasan Vita C secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.
* 100mg dilepaskan bagi setiap 1jam selama 5 jam tanpa henti! 

7. Satu tablet mengandungi 500mg Vitamin C iaitu bersamaan dengan 7 1/2 biji buah oren.

8. Membekalkan Bioflavinoid dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg 

9. Terdapat juga dalam bentuk yang boleh dikunyah Chewable Vita C.


SUMBER MAKANAN


Kebanyakan pendapat mengatakan sumber vitamin C yang banyak datangnya dari buah oren. Realitinya, guava memiliki kandungan vitamin C yang lebih iaitu 183.5 mg vitamin c setengah hidangan iaitu melebihi tiga kali ganda jumlah vitamin C yang disarankan dalam sehari, 60 mg.

Walaubagaimanapun, angka ini bergantung kepada cara penyediaan seseorang individu tertentu, kerana vitamin c adalah jenis vitamin mudah larut dalam air. Jadi tahap vitamin c akan berkurangan apabila disimpan dalam keadaan lembap atau basah bersama air atau dimasak dengan air yang banyak. 

Seelok eloknya, buah buahan dan sayuran ini dimakan mentah bagi mengekalkan kesegaran kandungan vitamin C tersebut. 

Terdapat pelbagai contoh lain sumber vitamin C yang mudah didapati antaranya strawberi, tomato, brokoli, betik, mangga, nenas dan lain lain lagi.


DOS PENGAMBILAN

1. Untuk kesihatan optimum, cukup sekadar 1 biji sehari selepas sarapan

2. Untuk kulit kusam dan inginkan kulit yang cantik, seeloknya 2 biji vitamin c selepas pengambilan ESP SHAKLEE atau COLLAGEN SHAKLEE

PANDUAN PILIH

Vitamin C sangat sesuai diambil oleh siapa-siapa yang mengamalkan VITALEA SHAKLEE untuk mendapatkan penyerapan vitamin yang optimum.

Untuk lebih lanjut : 
 WHATSAPP/Wechat/Line: 0133381020 Dylla
FACEBOOK: Nur Dylla Middie
Instagram : Dylalulu
SID 1087226
Harga Termurah dan free gift akan diberikan pada setiap 5jenis dalam satu pembelian.

Tq Dokter Sihat saya share ye!

Wednesday, February 26, 2014

Kurus+sihat dengan shaklee



okey ??


atas permintaan ramai act, sesapa yang mengenali me lebih rapat mesti knal adik me yang 2nd tu.. just nk share testimoni kurus die dengan shaklee la ofcourse. dlu my sis ni mmg jenis chubby2 la sampai ade satu tahap org ingat die la kakak, n me yang adik cehh.... hehehe kembang sekejap la mase tu.. myb strees kot, nekad untuk kurus hehehe (sorry dikk) .. dengan budjet set slimming shaklee so sini me letak sikit pic adek me hehehe .. untuk tatapan semua.. 




Okey.. me clearkan function setiap satu dlu k..
1. Alfalfa - Supplemen yang disyorkan untuk detoks adalah Alfafa.
suplemen ini berfungsi merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita. Yang paling penting ia semulajadi.


Kenapa Perlu Detoks?
Detoks adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selain untuk mengelakkan dari masalah kesihatan yang serius, detoks juga memastikan vitamin/supplemen diserap dengan lebih sempurna.

Sekiranya organ yang terlibat dalam penyerapan vitamin seperti usus mengalami masalah, kemungkinan besar vitamin tidak boleh diserap dengan sempurna.


2. Lechithin - Fungsi utama Lecithin adalah sebagai 'pemecah/pencair lemak' ataupun 'fat emusifier'. Apabila Lecithin 'bertemu' dengan lemak lemak degil, ia akan 'memecahkan dan bercampur/bergabung' dengan lemak-lemak tersebut dan seterusnya membawa ia keluar. Tahukah kita? Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lechitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.


3. Herb Lax - Herb-Lax Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.*
Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herb-Lax yang lembut boleh membantu.
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

ape pun itu adelah set yang paling bujet di ikuti ngn cara pemakanan, senaman yang betul ye..ramai jugak yang datang kat me kenapa xkurus.. sbb ?? makan ape saja.. hehehe okey if uolss ade bujet tinggi sikit me suggestkan tambah la ngn ESP dan omega... macam dlm set bawah ni. Esp n omega ni bnyk khasiat die.. sbb me sndri amalkan omega.. sampai skrng


4. ESP 
1. Mengoptimumkan penyerapan nutrien lain
2. Membekalkan tenaga berpanjangan, kurang rasa lapar even berpuasa!
3. Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, kulit terasa lembut hanya selepas 2 minggu mengunakannya.
4. Mengembalikan keserian kulit dan kepejalan otot
5. Tiada pengawet, perasa, pemanis tiruan, rasa asli soya dan vanilla
6. 1 hidangan ESP bersamaan 2x daging, 4x telur, 12x susu rendah lemak
7. Tiada asid urik




5. Omega 3 dan Manfaat kepada Berat Badan:

  • Kandungan asid lemak Omega-3 EPA (asid eicosapentaenoic) dan DHA (asid docosahexaenoic) menurunkan paras insulin kita, jadi apa-apa kalori tambahan yang kita makan akan dibakar untuk tenaga, bukannya disimpan sebagai lemak badan
  • Omega 3 minyak adalah anti-lipogenic (blok penyimpanan lemak dalam badan anda) dan meningkatkan kadar metabolik anda, jadi anda membakar lemak badan lebih cepat
  • Omega tiga asid lemak menyekat pengeluaran kortisol, hormon yang berkaitan dengan tekanan lemak simpanan yang juga menyebabkan anda menyimpan vs membakar kalori tambahan
  • Asid lemak omega-3 telah terbukti untuk meningkatkan aliran darah ke otot semasa bersenam, sekali gus meningkatkan keupayaan badan untuk membakar lebih banyak lemak
  • Diet yang kaya dengan minyak omega-3 meningkatkan tahap gula dalam darah (hipoglisemia) dan hasilnya, kita mempunyai lebih banyak tenaga untuk menjalankan urusan seharian
  • Asid lemak omega-3 meningkatkan fungsi hati - organ lemak pengurusan anda
  • Omega-6 asid lemak GLA (asid gamma-linolenik) meningkatkan tahap serotonin - bahan kimia otak yang membuat anda makan kurang menurunkan selera makan, rasa penuh & berpuas hati lagi, dan kurang cenderung untuk overindulge
  • Tonaline atau CLA (asid linoleik conjugated), asid lemak yang berlaku kurang dan kurang dalam daging dan produk tenusu hari ini, meningkatkan kadar di mana badan anda membakar deposit lemak dan membantu anda berkembang atau mengekalkan jisim otot anda.
Jadi antara conclusion yang dapat me buat kat sini, Lechithin tu adelah membantu memecahkan lemak n Omega tu membantu membakar lemak! so kalo pengambilan kedua2 nya akan dapat kan hasil yang lebih superb!!. Esp tu pulak bantu kita untuk bg tenaga berpnjangan tanpa makan, so kalo yang diet xmkn tu xboleh ye.. mesti makan jugak bnde yang mampu support keperluan tenaga kita seharian, ESP yang paling baik. Alfalfa tu pulak membuang segala toksin dlam badan, DETOKS org cakap.. toksin yang banyak dlm badan pun penyebab kita susah nak kurus. Herblax tu pulak bantu kita membuang dengan lebih lawas n selesa. sbb penah x kadang2 kite mkn beria tapi kelua2 nya tidak. heheh penuh dlm perut.. so herblax nilah yang membantu. 

Fb; Nur Dylla Middie
Instagram : Dylalulu
H/P : 013 - 338 1020
Whatsapp/wechat/FB/Instagram untuk borak kopi dgn me. harga mmg runtuh punya me bg..!!













Monday, February 24, 2014

Berpantang Besama Shaklee



Ini adalah untuk ibu2 yang sedang mengandung. ianya boleh dimakan bermula dari sebelum mengandung sehingga 9 bulan. ianya menjaga anda dari letih, demam, lenguh badan , kepenatan , loya , mabuk , tidak boleh tidur , stress dan lain2 masalah yang mungkin anda hadapi semasa mengandung..

Act, ramai kawan2 me yang da merasai nye.. n sebenarnye me quite frust la sbb terlambt sikit knal shaklee ni. mane tau insya Allah ade rezeki 2nd bby nnt kan.. ahahaha

khasiatnya

Protein
memainkan peranan yang besar dari peringkat awal sehingga peringkat akhir kandungan kerana bayi membesar menggunakan sel-sel didalam badan kita jadi tugas utama protein adalah membina sel2 baru Protein juga akan membantu menjaga tahap hormon dan membantu dalam menghalang rasa mual . protein juga membantu anda anda berasa lebih kenyang daripada karbohidrat yg kurang zat padat. Ambilnya pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam untuk menghalang rasa lapar pada waktu malam ( menghalang kenaikan tubuh yang melampau) ia berfungsi membina dan membaiki badan anda semasa anda tidur. Ini adalah tugas utama protein pembinaan, pembaikan, dan penyembuhan. Waktu malam adalah masa yang utama untuk fungsi ini. jadi badan anda akan sentiasa segar dan sihat diwaktu pagi

Vitamin B
Ia mempunyai semua 12 jenis B dalam nisbah SEMPURNA kerana b-complex yang semula jadi mempunyai nisbah yang sempurna dan tidak berlebih2 diantara satu B dgn yang lain. Ianya adalah penting untuk pembangunan banyak perkara seperti tenaga , menghalang mabuk, dan juga untuk fungsi mood anda( agar tidak Marah atau stress) tetapi yang paling penting didalamya mempunyai asid folik untuk menghalang spina bifida. Ia juga boleh membantu didalam kekejangan rahim jadi jika ianya diambil pada masa sebelum dan semasa nak bersalin ia boleh membantu meringankan kesakitan kontraksi.

Kalsium / magnesium (Dipanggil Osteomatrix):
Membantu didalam pembangunan tulang yang kuat kerana bila mengandung banyak zat kalsium untuk pembinaan tulang akan diarahkan ke anak didalam kandungan jadi badan kita akan mula kekurangan kalsium yang menyebabkan sakit lenguh badan , simpul biawak , kekejangan dan rasa penat.
Tetapi sebenarnya protein adalah lebih penting dari kalsium untuk pembentukan tulang yang kuat kerana tulang sebenarnya terdiri daripada air, asid amino(didalam protein ) dan kalsium.
Kalsium juga memainkan pernan besar bagi refluks asid ( sakit ulu hati atau pedih hati ) dimana apabila bayi semakin besar dan menolak perut anda sehingga lebih tinggi kepada esofagus anda. Dalam masa 15 minit, lepas memakan OsteoMatrix ia akan melegakan kes terburuk.

VITALEA (Supermultivitamin)
Badan memerlukan spektrum yang luas untuk vitamin dan mineral bagi menjalankan pelbagai fungsi dan pembangunan. Ia mengandungi 28 vitamin dan mineral yang lengkap mengikut nisbah keperluan badan dan dijamin peyerapan untuk memastikan vitamin dan keperluan badan mencukupi dan untuk mengembalikan tenaga agar badan memperolehi makanan berkhasiat.
Iron didalamya adalah penting untuk meningkatkan sel darah didalam tubuh terutama bagi mereka yang mempunyai tekanan darah rendah dan kekurangan darah dan ia tidak menyebabkan sembelit .
Para saintis, doktor, pakar pemakanan dan pasukan yang membangunkan vitamin Shaklee telah menguji nutrien yang perlu dipasangkan bersama untuk mengoptimumkan penyerapan dalam badan. Vitamin biasa dibuat tidak mengambil kira ini dan anda pada asasnya hanya membayar harga air kencing yang mahal!

Sustained Release Vita-CTM 500 mg

Bekalan Vitamin C secara Semulajadi
Badan anda berupaya mampu melakukan banyak perkara tetapi ianya tidak dapat menghasilkan atau menyimpan Vitamin C. Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Sustained Release Vita-C mengandungi:
Kandungan Vitamin C yang tinggi.

Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.

Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah

Vita- c juga utk megelakkan anda terkena jangkitan selsema , demam dan juga jangkitan virus yang boleh membawa bahaya kepada kandungan anda.
ia juga bertujuan untuk menguatkan kulit badan kandungan anda supaya tidak mudah kena ruam dan sakit kulit.

dengan pengambilan vita c secara tidak langsung anda telah memberi perlindungan yang baik kepada bayi anda dari kena demam dan lain2 penyakit

Untuk dapatkan harga atau sebarang pertannyaan anda boleh beri komen di sini atau di wall


Untuk lebih lanjut : 
 WHATSAPP/Wechat/Line: 0133381020 Dylla
FACEBOOK: Nur Dylla Middie
Instagram : Dylalulu
SID 1087226
Harga Termurah dan free gift akan diberikan pada setiap 5jenis dalam satu pembelian.

Tuesday, January 28, 2014

Sikit2 lama2 jadi bukit

hoyehhh...

da bape ari ni me xde update entry dlm blog nih, ketidak sihatan me n hubs membuatkan xselera la nak tgk blog sendri apetah lagi nak tekan kekunci itam nih! huhu. tapi dalam xsihat tu me still la bergiat seperti biase..
share dari ati ke ati membuatkan sikit banyak kawan2 rapat me pun da mule terbukak mata ngn shaklee.. ecehh... so selamat dah ponnn sampi semua supplement ni kat tetuannye...


baru perasan sanye, sejak bergiatnye ngn shaklee ni, secara xlngsung da terhubung rapat balik silaturahim me antara kekawan lama.. jumpe jugak walau sekadar ambik ubat, dapat jugak peluk cium sume walau sekejap. Alhamdulillah.. syukur.. n dalam masa yang sama macam2 di share sesame walau semint dua dapat begelak sesame.. hihihi.. happy!! Me bukan memakse ye.. me share ape yang patot n ape yang xpatut hihihi.. myb sebb tulah ramai cari me walaupun pengetahuan dlm bidang ni x setinggi mana.. ;) thnks uolsss.. so do pm me ya for shaklee 013-3381020 #kajang #cheras #putrajaya #bangi.

n xlupe juge pada si pisau ceramic me.. ahahaha.. rindu dgn pisau2 comel nehh.. me still bergiat kencang ye dgn ceramic knife everrich ni.. do contact me jugekk... harga mesti la over mampu borong nyahh..



n bytwy sebelum terlupe.. me nk bg tau untuk si penggemar n fanatik hijau.. baru je masuk stock chopping board hijau.. auwww.. meleleh comel uolsss..  hehehe.. kan kan!! ade best promotion untuk 10set min purchase.. sesuaii sgt untuk hadiah buat teman baik uolss yang belumbe2 nak kawin tu...hurry up!!!