Hujan renyai2 mengantuk lak kan.. nk share sikit.
Pernah tak kita jumpa dengan orang yang kadang2 menyakitkan hati.. Bukan dari segi tingkah laku. tapi dari segi mulut. Bia bercakap dengan siapa pun xpernahnye nak merendah diri, xpernahnye nak jaga hati orang, xpernahnya nk mintak maaf bila depan2 tu org da sentap. ayooo.. ade okey manusia macam ni..
kadang2 sakit hati. tapi tiada gunanya.. ahahahah.. sebab ini jenis xpkir orang punya nih.. grrr... sabar jelah...
Selalu an kita dengar pasal mak2 kita cakap.. "alaaa jahh.. die tu mulut jer.. hati die baikk" hah.. nyahkan mentara kalimat yang sebenarnya salah sama sekali. sebab ape??? sebab ni... mmg tak ada sama sekali dalam islam.
Menurut sebuah riwayat, seorang sahabat telah datang kepada Rasulullah dan berkata, "Ada seorang wanita terkenal dengan banyak melakukan solat, berpuasa dan bersedekah, tetapi dia sering mengganggu jirannya dengan lidah.” Rasulullah menjawab dengan ringkas, “Dia ahli neraka.” [2] Wanita tersebut seorang ahli ibadat yang rajin. Kerana beliau sering menyakiti tetangganya dengan lidah, destinasi beliau adalah neraka.
Hah amik ko jahh... terasa x?? mohon bertaubat.. kahkahakah.. xtobat jugak xtau lah...
hasil dari En. Google kesayang daku nih... ni adalah antara Fomular Rasulullah mengubati penyakit celupar. hah.. nmpk x..
- Pertama, Rasulullah menyuruh kita diam apabila terdorong untuk bertutur perkara yang tidak sepatutnya.
Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah pernah berpesan,
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”
- Kedua, Rasulullah menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita.
Menurut sahabat Ibnu Umar, Rasulullah pernah berkata,
“Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati.”
Rasulullah pernah menyatakan menerusi Imam Bukhari, terdapat dua kalimat zikir yang paling disukai oleh Allah SWT yang sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat untuk diamalkan.
Kedua-dua kalimat itu adalah ‘subhanallah wa bihamdihi’ dan ‘subhanallah hil azim’ yang membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan, ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’
Selain itu, dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca ‘subhanallah wa bihamdihi’ sebanyak 100 kali sehari, maka semua dosanya diampunkan oleh Allah SWT meski pun sebanyak buih di lautan.
- Ketiga, Rasulullah mengajar agar kita sentiasa beristighfar untuk mengelakkan lidah kita dari terus ‘rancak’ membicarakan perkara yang kita sendiri tidak ketahui akan kesahihannya.
Istighfar bermaksud memohon keampunan dan kita digalakkan untuk beristighfar sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, ‘Astaghfirullahazim’ disertakan ‘perasaan menyesal’ di dalam hati.
Rasulullah dalam amalan hariannya selalu beristighfar sebanyak 100 kali untuk mengelakkan keburukan dalam lidahnya.
Hari ni just share ape yang me dok bosan dengan mr google nih. mudah2an me jugak xnak tergolong dengan golongan yang macam ni.. jauhi la hendaknye... itu je..
sharing is caring.. sekian kepada jemah2 sekalian alam. thank ye mr google Penyakit mulut celupar


betul2.. :)
ReplyDeleteselalu dengar org cakap mulut jahat hati baik kan. ahahahah... #notetomyself too. heheheh
Delete