Shaklee Independent Distributor : 1087226

Shaklee Independent Distributor : 1087226

Tuesday, March 25, 2014

Pekongsian : Pap Smear

PAP SMEAR : Langkah Pencegahan Kanser Pangkal Rahim / Kanser Serviks

Assalamualaikum

Sudahkan anda para wanita sekalian menjalani ujian Pap Smear? Ok, sebelum itu meh nak share sikit info berkaitan Pap Smear ye.Di harapkan juga para suami untuk sama-sama mengambil langkah berjaga untuk para isteri. heret isteri anda untuk bersama mengambil ujian pap smear.




Apa itu Ujian Pap Smear?


Ujian Pap Smear ialah kaedah yang dilakukan untuk memeriksa sel-sel yang diambil daripada serviks. Tujuan utama Ujian Pap Smear ini ialah untuk mencari perubahan sel abnormal (sel yang tidak normal) yang boleh timbul daripada kanser serviks atau sebelum ia merebak.


Tetapi ujian ini tidak mengesahkan sama ada seseorang itu menghidap penyakit kanser tersebut. Ia hanyalah sebagai ujian screening atau penapis. Ujian ini berdasarkan di atas pemeriksaan sel-sel yang diambil contohya dari pangkal rahim.


Jika Pap Smear itu negatif,ini adalah berita baik. Tetapi jika keputusan abnormal atau luar biasa,beberapa ujian lain seperti biopsy of cervix perlu dilakukan untuk mengesahkan ada atau tidaknya kanser pangkal rahim. Biopsy adalah pengambilan secebis tisu yang disyaki kanser dari pangkal rahim dan kemudian dikaji sel-selnya dengan inikroskop oleh pakar kaji tisu (histo-pathologist).

Siapa Yang Perlu Jalani Ujian Pap Smear?





Garis panduan am pada masa ini mengesyorkan golongan wanita patut mengambil ujian Pap Smear paling kurang setiap tiga tahun, bermula kira-kira tiga tahun selepas mereka mula mengadakan hubungan seks.


Pakar mengesyorkan mereka menunggu lebih kurang tiga tahun selepas bermulanya aktiviti seks bagi mengelak rawatan berlebihan untuk perubahan biasa dan keabnormalan yang bersifat sementara. Adalah selamat untuk menunggu selama tiga tahun, kerana kanser servik merebak dengan perlahan. Kanser serviks sangat jarang berlaku di kalangan wanita yang berumur di bawah 25 tahun.

Bagi wanita yang telah menjalani histerektomi (pembedahan untuk membuang uterus dan serviks) TIDAK PERLU mengambil ujian Pap Smear, melainkan pembedahan dibuat sebagai rawatan untuk prakanser atau kanser.


Kekerapan Ujian


Jika seseorang wanita telah menjalani ujian Pap Smear dan didapati negatif,ia hanya perlu mengulang ujian tersebut tiga tahun sekali.Namun begitu,ada baiknya bagi menjalani ujian ini setahun sekali.


Wanita yang berumur 65 hingga 70 tahun yang telah menjalani sekurang-kurangnya tiga ujian Pap Smear yang normal dan tidak pernah menjalani ujian Pap Smear abnormal dalam tempoh 10 tahun lalu boleh membuat keputusan untuk berhenti melakukan ujian Pap Smear selepas berunding dengan doktor mereka.

Syarat Utama Sebelum Menjalani Ujian Pap Smear



Seseorang wanita mesti mengambil ujian ini apabila tidak didatangi haid; waktu yang terbaik ialah antara 10 dan 20 hari selepas hari pertama pada akhir tempoh datang haid.

Untuk lebih kurang dua hari sebelum ujian, seseorang wanita sepatutnya mengelak membasuh kemaluan dengan cecair khas atau menggunakan ubat vagina atau buih, krim atau jeli pembasmi sperma (kecuali mengikut arahan doktor). Bahan-bahan tersebut mungkin menghilangkan sel-sel abnormal.

Seseorang wanita itu juga perlu memastikan tiada berlaku hubungan kelamin atau persetubuhandalam tempoh 3 hari sebelum menjalani ujian Pap Smear ini. Ini bagi mengelakkan cairan dari sperma yang masih ada di kawasan pangkal rahim yang boleh menggangu kewujudan sel-sel abnormal dan keputusan yang bakal diperolehi juga tidak tepat.


Apakah Yang Berlaku Sewaktu Ujian Pap Smear?





Doktor akan memasukkan sejenis alat besi(atau plastik)kecil yang dipanggil spekulum kedalam faraj dan membukanya dengan cermat bagi melihat serviks. Sejenis alat sudip (alat kayu yang tumpul)yang dipanggil spatula digunakan untuk mengikis dengan perlahan permukaan rahim untuk mengambil campuran sel dan cairan di bahagian pangkal rahim.

Spekulum dan saptula kemudian dikeluarkan dan ujian tersebut selesai. Campuran tersebut dilumuri atas sekeping slaid kaca dan dirawat khas supaya boleh diperiksa dengan mikroskop.


Bagaimana Kanser Dapat Dikesan Daripada Pap Smear Ini?



Selepas diwarnakan dengan warna-warna yang khas (stainning) pada smear ini, pemeriksaan di bawah mikroskop perlu di buat dan sel-sel kanser akan dapat dilihat. Pemeriksaan ini dilakukan oleh juruteknik kajisel yang terlatih dan pap smear yang luar biasa akan disemak dan dikaji dengan teliti oleh doktor pakar kajisel.


Apa yang berlaku jika kita disahkan menghadapi kanser serviks?



Kanser serviks atau kanser pangkal rahim boleh menyebabkan keseluruhan rahim dibuang dan menyebabkan wanita itu tidak boleh mengandung lagi. Malah pengesanan yang lambat juga boleh meragut nyawa akibat keseriusan kanser tersebut yang merupakan pembunuh kedua tertinggi wanita di Malaysia selepas kanser payudara! Kanser serviks boleh berlaku kepada mana-mana wanita yang pernah melakukan seks walaupun sekali sahaja tidak kira usia dan gaya hidup kerana ia terjadi akibat jangkitan Human Papillomavirus (HPV) ketika hubungan intim.


Dimana kita boleh lakukan unijan Pap Smear?

  • Di semua klinik dan hospital kerajaan
  • Di klinik/hospital swasta
  • Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
  • Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)

No comments:

Post a Comment